PROFIL


                                                              Suasana kedai Satay Ceko Cafe


  Satay Ceko telah diasas dari zaman nenek moyang kami pada tahun 1921 lagi.  Satay Ceko bermula dari Pasar Chekor, Jalan Gambir Kuching Sarawak.  Pada tahun 1999 Satay Ceko telah menambah cawangannya di Bina Mara, Jalan Haji Taha tetapi pada tahun 2003 ia berpindah ke Arif Hotel kerana mahu mempunyai tempat yang lebih luas. Sekarang Pasar Chekor, Jalan Gamir telah dirobohkan oleh kerajaan kerana hendak membuat Waterfront yang sangat cantik dan bersih. Dari sinilah kami mendapat idea untuk menamakan kedai kami sebagai Satay Ceko Cafe untuk mengingati memori Pasar Cheko dan kenangan jualan satay pada zaman nenek moyang kami.    
  Pada tahun 2007 wujudlah Satay Ceko Cafe.  Ia telah menjadi perniagaan turun-termurun keluarga kami.  Sekarang Satay Ceko telah diusahakan oleh dua pasangan suami isteri yang bernama Wan Jamuri Bin Wan Othman dan Azyyati Binti Alli.  Satay Ceko Cafe telah menambah lagi cawangannya di Kubah Ria ( stall 19 ) Jalan Matang Kuching Sarawak. Kami juga menerima tempahan satay untuk setiap perayaan seperti Hari Raya Puasa, Gawai, Tahun Baru Cina, dan Krismas.